Panduan Penjagaan Breastfiller & Buttfiller Selepas Rawatan

Bagi wanita, payudara merupakan aset daya penarik mereka.  Namun tidak semua bertuah untuk memiliki sepasang payudara yang sempurna. Untuk mengatasi masalah payudara yang kurang sempurna, rawatan dan kaedah yang mengunakan filler dapat memberikan bentuk serta kontur payudara idaman. Memiliki sepasang payudara yang menarik membantu untuk meningkatkan keyakinan serta membuang sebarang rasa rendah diri.

Sebelum wujudnya filler payudara, pakar bedah plastik akan melakukan pembedahan pembesaran payudara bagi memasukkan implan silikon ke dalam payudara. Namun, kaedah ini sangat mahal, menyakitkan dan boleh mengakibatkan komplikasi seperti bengkak, pendarahan, jangkitan kuman, dan meninggalkan parut luka.  Kaedah ini juga memerlukan tempoh penyembuhan yang lama dan terdapat kebarangkalian implan silikon pecah.

Doktor di seluruh dunia pada masa kini termasuklah pakar estetik kami di IMMA Clinic tidak lagi bergantung kepada teknik pembedahan semata-mata bagi menegangkan payudara.  Di IMMA Clinic, kami menawarkan suntikan filler yang mengandungi gel hidrofilik bagi menegangkan dan membesarkan payudara. Fiiler ini adalah daripada jenis terurai berprofil tinggi, selamat, tidak mendatangkan kesan serta dapat bertahan selama 3 tahun. Hasilnya, payudara kelihatan tegang secara semula jadi.

🌸Panduan Penjagaan Breastfiller & Buttfiller Selepas Rawatan🌸

  • ELAKKAN sama sekali pemakaian bra besi, hanya pakai sport bra sekurang-kurangnya 3 bulan untuk keselesaan dan hasil yang terbaik.
  • JANGAN pakai bra berwayar atau berpadding, biarkan payudara anda bebas bernafas.
  • JANGAN ambil alkohol atau dadah kerana ini bukan sahaja boleh menyebabkan lebam dan bengkak, tetapi juga boleh menyebabkan benjolan atau ketulan yang membahayakan kesihatan anda. Amat penting untuk elakkan supaya filler kekal sekata dan selamat.
  • Elakkan sauna dan bilik wap selama 1 minggu, beri ruang untuk tubuh anda pulih.
  • Goncang lembut payudara/punggung setiap hari selama seminggu untuk mengekalkan bentuknya.
  • NO aktiviti lasak, biar tubuh anda berehat seketika.
  • Pastikan kawasan suntikan JANGAN kena air selama 24 jam, kekalkan kawasan tersebut kering. Tukar plaster setiap 4 jam sekali.
  • Bersihkan luka dengan alcohol swab, kebersihan adalah kunci pemulihan pantas!
  • JANGAN biarkan suami atau teman lelaki menyentuh payudara/punggung anda selama 3-5 hari atau sehingga luka sembuh sepenuhnya. Tapi kalau nak tolong urut boleh je 🤭
  • WAJIB makan antibiotik yang diberikan, jangan abaikan!
  • JANGAN buka plaster di tempat suntikan sehingga luka kering sepenuhnya. Penukaran plaster yang kerap akan mempercepatkan pengeringan luka tersebut.
  • Boleh tanggal semua plaster jika luka telah kering sepenuhnya. Jangan biarkan plaster di badan dalam jangka masa yang lama, ianya boleh menyebabkan kulit melecet.
  • Gatal-gatal adalah normal ketika luka sedang sembuh, JANGAN garu, biar ia pulih dengan semula jadi.
  • Payudara mungkin bengkak dan lebam beberapa hari. Filler juga mungkin keluar sedikit kerana kawasan suntikan belum sembuh sepenuhnya. Tapi jangan risau, bila dah sembuh, semuanya akan kembali sempurna. 💖

 

🌸Makanan Yang Perlu Dielakkan Selama 1 Bulan🌸

  • Makanan laut, ayam, itik, kacang, telur, dan susu segar.
  • Hindari alkohol, dadah, dan rokok, biar tubuh anda benar-benar sembuh.
  • ⁠Minuman bersusu, berkafein dan semua jenis minuman 3-in-1 juga perlu dielakkan. Kalau nak minum manis boleh minum air buah.
  • Makan makanan yang simple dan ringan seperti nasi putih & ikan bakar atau bubur kosong.
  • Elakkan ikan air tawar berbisa seperti keli, patin, sembilang.
  • Pastikan makanan yang anda ambil tidak berminyak atau pedas, fokus pada pemakanan yang boleh membantu pemulihan luka.

❄️❄️🧊Untuk keselesaan maksimum, tuam payudara anda dengan ais atau air suam setiap hari!❄️❄️

JOM CANTIK DENGAN ABBY ✨

🌸PENTING!🌸

Kebersihan adalah SEGALANYA dalam proses pemulihan ini. Pastikan bra anda bersih setiap masa, dan gunakan alcohol swab untuk membersihkan luka atau tempat suntikan. Elakkan jangkitan, dan anda akan melalui pemulihan dengan lancar dan cantik!

You might also like
My Treatment List

No products in the cart

Return to treatment
Chat WhatsApp
WhatsApp